Mamee Vegetarian Fest Giveaway Contest
We’ve got something special for you during Mamee Vegetarian Fest 2021! Win personalised Famsy tiffin carriers & lunch bags when you buy Mamee Vegetarian products from 20 Sept - 18 Oct 2021*. But that’s not all, for each entry you’ll get 20% off Famsy products. 25 winners will be selected every week, so don’t miss out!
Join in 3 easy steps je!
1. Purchase RM15 worth of Mamee Vegetarian products in-stores, Shopee or Lazada
2. WhatsApp your receipt along with your Full Name & IC No. to 012-2216266
3. Follow @MameeNoodlesMY on FB & IG for weekly winner announcements
Full T&C here.
Peraduan MAMEE VEGETARIAN FEST
TERMA & SYARAT
1. Sila baca terma-terma dan syarat-syarat (“Terma dan Syarat”) ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan MAMEE VEGETARIAN FEST (“Peraduan”) ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima dan mematuhi Terma dan Syarat ini. Pihak Penganjur berhak untuk mengubahsuai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.
2. Peraduan dianjurkan oleh Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat sekutunya (“Pihak Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, syarikat-syarikat sekutunya, pembekal / pengedar, agensi promosi / pengiklanan / perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
3. Peraduan ini berlangsung pada 00:00:00 20hb September 2021 – 18hb October 2021 23:59:59 (“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan menurut budi bicaranya tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.
4. Cara-cara penyertaan Peraduan adalah seperti berikut:
(a) Penyertaan adalah melalui aplikasi WhatsApp.
(b) Beli sekurang-kurangnya RM15.00 dan ke atas produk Mamee Vegetarian (Produk yang mengambil bahagian) seperti senarai dibawah; dari mana-mana platform sama ada luar talian (in-store) atau secara atas talian di kedai rasmi Mamee (official store) di Shopee atau Lazada atau secara fizikal/runcit dan simpan resit pembelian;
Produk yang mengambil bahagian;
i. Mamee Premium Vegetarian
ii. Mamee Vegetarian Curry
iii. Mamee Express Cups Vegetarian (Single Cup)
iv. Mamee Express Cups Vegetarian 6’s (Multi-cup)
v. Mamee Vegetarian Bowl
vi. Mamee Mi Segera
vii. Mamee Bihun Vegetarian
(c) Tulis dengan jelas butiran peserta di muka hadapan resit seperti yang berikut:
· Nama penuh peserta seperti dalam kad pengenalan
· Nombor kad pengenalan
· Alamat e-mel (jika ada)
(d) Ambil gambar resit dengan butiran tersebut (pastikan butiran peserta, tarikh dan nombor resit terpapar dengan jelas) dan hantar ke nombor 012-2216266.
(e) Peserta akan diberikan soalan berikut untuk dijawab, “Mamee Vegetarian Fest adalah nama peraduan ini; betul atau salah?”.
(f) Sila jawab soalan yang diberikan dengan betul; dan
(g) Simpan resit pembelian yang asal untuk pengesahan dan bukti penyertaan.
5. Setiap Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Setiap RM15.00 Mamee Vegetarian dalam satu resit pembelian layak mendapat satu (1) penyertaan sahaja dan resit pembelian yang sama tidak boleh diguna semula untuk penyertaan yang lain dan satu nombor siri akan diberikan.
6. Setiap penyertaan akan menerima kod diskaun 20% yang akan dihantar melalui aplikasi Whatsapp dan kod hanya boleh digunakan untuk pembelian di https://www.famsymall.com/ (tertakluk terma & syarat). Tawaran tidak termasuk caj penghantaran. Caj penghantaran RM8.00 untuk Semenanjung Malaysia & RM14.00 untuk Sabah/Sarawak akan dikenakan.
7. Setiap Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59.59 pada hari terakhir pada Minggu Peraduan seperti termaktub di bawah. Sebarang Penyertaan yang diterima diluar Tempoh Peraduan akan terbatal secara automatik.
8. Hanya penyertaan yang lengkap dan menepati terma dan syarat Peraduan (“Penyertaan”) sahaja akan diterima oleh Pihak Penganjur. Peserta dikehendaki menghantar maklumat seperti nama penuh & nombor kad pengenalan untuk tujuan pengesahan maklumat dan rekod penyimpanan Peraduan.
9. Peserta yang menjawab soalan dengan betul akan dipilih sebagai pemenang dan layak memenangi Hadiah yang disediakan secara mingguan. Minggu Peraduan adalah seperti berikut;
Minggu Peraduan;
· Minggu 1 – 20 Sept 2021 – 26 Sept 2021
· Minggu 2 – 27 Sept 2021 - 3 Oct 2021
· Minggu 3 – 4 Oct 2021 – 11 Oct 2021
· Minggu 4 – 12 Oct 2021 – 18 Oct 2021
Pemilihan pemenang berdasar perkara berikut;
Setiap penyertaan sah secara mingguan akan diberi satu nombor siri dan nombor tersebut akan dibahagikan dengan jumlah hadiah yang disediakan.
Contoh proses pengiraan adalah seperti berikut;
Jumlah nombor siri penyertaan layak mingguan 500 ÷ 25 = 20
Maka penyertaan layak dengan nombor siri 20 dan nombor dengan penambahannya akan di pilih sebagai pemenang.
Contoh nombor siri penyertaan; 20*, 40*, 60*, 80*, 100*, 120* dan selanjutnya
Sebanyak 25 pemenang akan dipilih secara mingguan.
Formula pembundaran akan dilakukan jika timbul nilai perpuluhan ke nombor digit tunggal yang terdekat akan dipilih sebagai pemenang
10. Sebanyak dua puluh lima (25) peserta akan dipilih sebagai pemenang secara mingguan. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sepanjang tempoh peraduan.
11. Para pemenang berpeluang memenangi hadiah yang berikut:
Hadiah Utama:
· 25 mangkuk tingkat Famsy (Tiffin) beserta beg x 4 minggu
Sebanyak 100 mangkuk tingkat Famsy (Tiffin) beserta beg disediakan sepanjang tempoh peraduan.
12. Pemenang yang terpilih akan diberikan kod khas untuk menebus hadiah kemenangan yang telah ditetapkan. Kod akan dihantar ke Nombor Whatsapp Penyertaan yang diterima oleh penganjur dan penebusan hanya dilaman web https://www.famsymall.com/pages/mamee-vegetarian-fest. Caj penghantaran akan ditangungan oleh pemenang.
13. Pihak Penganjur akan menghubungi para peserta yang terpilih sebagai pemenang tiga (3) minggu selepas tarikh tamat Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur akan berusaha menghubungi para peserta yang terpilih sebagai pemenang berdasarkan butiran yang diberikan di dalam Penyertaan melalui telefon sebanyak tiga (3) kali percubaan. Sekirannya peserta terpilih tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak yang seterusnya.
14. Sekiranya pemenang diminta untuk menuntut hadiah yang dimenangi, maka para pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka di lokasi dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur (“Tempoh Tuntutan Hadiah”). Sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah mereka (sama ada menuntut hadiah secara sendiri atau menuntut hadiah melalui wakil yang dicalonkan oleh pemenang) dalam Tempoh Tuntutan Hadiah yang diperuntukkan, Pihak Penganjur berhak menarik balik hadiah tersebut atau memberikan hadiah tersebut kepada peserta/pemenang yang lain.
15. Para pemenang perlu mengemukakan bukti identiti mereka bagi tujuan pengesahan. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak pemenang hendaklah memastikan bahawa wakil tersebut mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, dan surat kebenaran tersebut hendaklah dilampirkan bersama-sama sesalinan bukti identiti pemenang dan bukti identiti wakil.
16. Semua hadiah yang dituntut adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam surat pengesahan / perjanjian hadiah / baucer hadiah. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindahkan milik. Semua hadiah yang disediakan oleh Pihak Penganjur adalah atas dasar “seadanya” atau “as-is” dan diterima oleh Peserta/pemenang tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Pihak Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan pelepasan dan tanggung rugi, ataupun “waiver and indemnity” dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
17. Pihak Penganjur berhak menentukan cara penghantaran atau penebusan hadiah dan Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan, kerosakan, atau kehilangan hadiah yang berlaku semasa proses penghantaran atau penebusan hadiah.
18. Semua maklumat penyertaan dan bukti pembelian yang dikemukakan oleh para Peserta untuk menyertai Peraduan ini akan menjadi hakmilik Pihak Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua Penyertaan, bukti pembelian dan bahan-bahan lain yang dikemukakan atau diserahkan oleh Peserta kepada Pihak Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital, akan menjadi kepunyaan Pihak Penganjur.
19. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta/pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain Peserta/pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu dan tanpa perlu memberi sebarang bayaran royalti atau pampasan kepada pihak Peserta/pemenang, dan Peserta/pemenang dengan ini memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur setakat perlu di bawah undang-undang untuk penerbitan dan penggunaan nama, alamat, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video, butiran peribadi, dokumen dan maklumat lain Peserta/pemenang tersebut. Peserta/pemenang tidak berhak menuntut hakmilik atau apa-apa jua bentuk pampasan lain terhadap maklumat tersebut.
20. Sebagai balasan bagi Pihak Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan ini, Peserta dengan ini secara tidak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:
(a) Pihak Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta/pemenang bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau apa-apa jua pampasan.
(b) Jika dikehendaki oleh Pihak Penganjur, Peserta/pemenang hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan ini bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Pihak Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta/pemenang hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta/pemenang dan Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan dalam apa jua bentuk kepada Peserta/pemenang.
(c) Pihak Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Pihak Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan dan hakmilik mutlak Pihak Penganjur.
(d) Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi harta intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan ini dan/atau wakil.
(e) Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta/pemenang yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan ini atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.
(f) Pihak Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau Penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Pihak Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan ini. Pihak Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan ini, Pihak Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.
21. Pihak Penganjur dan kesemua pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut:
(a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan semasa peraduan ini; dan/atau
(b) Sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pegurusan Peraduan dan pemprosesan Penyertaan.
22. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan, aduan atau soalan berhubung dengan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
23. Terma-terma dan Syarat-syarat Tambahan
(a) Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersesetuju data peribadi anda diproses mengikut Notis Privasi seperti yang terdapat di https://mamee.com/notis-privasi/ ) atau https://mamee.com/privacy-policy-2/ (versi Bahasa Inggeris).
(b) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa maklumat Penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama cap dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau hak moral mana-mana pihak ketiga.
(c) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia mengenepikan dan mengabaikan atau telah mendapatkan pengenepian atau pengabaian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia.
(d) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penyertaan yang diserahkan oleh Peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Pihak Penganjur atau menyebabkan Pihak Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Pihak Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa Penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.
(e) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Pihak Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya.
(f) Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Pihak Penganjur, Pihak Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.
(g) Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Pihak Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan ini, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan ini dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan ini.
(h) Pihak Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan ini menurut budi bicara mutlaknya.
(i) Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan ini. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma dan Syarat tidak dipatuhi.
(j) Pihak Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –
(i) Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma dan Syarat ini; atau
(ii) Peserta memungkiri Terma dan Syarat ini dan peraturan lain; atau
(iii) Peserta melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
(iv) menurut penentuan tunggal Pihak Penganjur, Pihak Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan ini melalui fraud, penipuan atau perdayaan.
(k) Jika berlaku penyingkiran selepas hadiah diberikan, Pihak Penganjur berhak menuntut agar hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.
(l) Meskipun Pihak Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan Peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Pihak Penganjur.
(m) Jika berkenaan, hadiah tunai akan diberikan kepada pemenang dalam bentuk cek. Pemenang hadiah tunai bertanggungjawab atas sebarang dan semua cukai yang perlu dibayar (jika perlu) akibat pemberian atau penerimaan hadiah dan semua caj perbankan yang berkaitan (termasuk caj cek luar) yang dikenakan oleh bank untuk menjelaskan ceknya.
(n) Peserta tidak boleh mempertikaikan atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman atau kenyataan awam mengenai Peraduan ini sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan.
(o) Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa, ini tidak akan menjejaskan atau memudaratkan penguatkuasaan Terma dan Syarat lain Peraduan ini.
24. Liabiliti dan Tanggungjawab
(a) Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab pemenang semata-mata, dan Pihak Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
(b) Pihak Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan Terma dan Syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Pihak Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Pihak Penganjur.
(c) Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Pihak Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan ini dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Pihak Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung olehnya.
(d) Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan ini adalah atas risikonya sendiri.
(e) Pihak Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:
(i) apa-apa kegagalan untuk memenangi hadiah dalam Peraduan, hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau hadiah yang diberikan.
(ii) apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Pihak Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
(iii) sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Pihak Penganjur.
25. Pihak Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma dan Syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian
26. Perlindungan Data – Pihak Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi peserta yang selamat dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.