This offer is valid from 10 December 2021 to 23 December 2021 Malaysia Time (MYT).
Free Gift
Pasti terdapat pelbagai kenangan pahit manis yang anda lalui pada tahun 2021 ini kan? Jom kongsi gambar kenangan 2021 anda untuk berpeluang memenangi wang tunai bernilai sehingga RM2,000*!
Ikuti langkah-langkah ini:
1. LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi NuMee Gardenia
2. Kongsikan gambar kenangan tahun 2021 anda di ruangan komen di bawah dan lengkapkan slogan dengan kreatif. "Tahun 2021 amat bermakna buat saya kerana....' (tidak melebihi 30 patah perkataan)
3. Tag 3 rakan anda bersama gambar dan slogan tersebut
4. Akhir sekali, kongsikan post peraduan ini di wall anda dan sertakan hashtag #Kenangan2021NuMee #NewYearNuMee #NuMeeGardenia
Hantarkan penyertaan anda selewat-lewatnya pada pukul 11.59pm, 23hb Disember 2021. Semoga Berjaya!
Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 10hb Disember 2021 – 23hb Disember 2021.
- Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 23hb Disember 2021. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23hb Disember 2021 tidak akan dilayan.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
- Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
- Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 Langkah Cara Penyertaan Peraduan Kenangan 2021 NuMee seperti yang dinyatakan di atas.
- Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
- Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sepanjang tempoh peraduan dari 10hb Disember 2021 – 23hb Disember 2021, jika dipilih.
- Pihak NuMee akan memilih sepuluh (10) orang pemenang sahaja.
- Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah bernilai RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja).
- Para pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja), setiap seorang.
- Pihak NuMee akan membuat pengumuman pemenang di ruangan komen Post Peraduan pada 30 Disember 2021
- Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
- -Gambar kenangan tahun 2021 yang menarik serta slogan yang kreatif. (Penyertaan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan)
- -Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE untuk maklumat lanjut.
- Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- -Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
- -Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk -Kegunaan Peraduan Kenangan 2021 NuMee Sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
- -Nombor Telefon
- -Alamat Emel
- -Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
- Hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
- Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
- Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
- Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
- Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
- Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
- Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
- Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/PrivacyBM.htm